
Agama Islam dipercayai sudah bertapak di negara China seawal abad ke-7 lagi. Berdasarkan kepada catatan sejarah, agama Islam sudah sampai ke nagara itu sekitar tahun 613 hingga 614 Masihi. Hubungan perdagangan dan kebudayaan antara negara China dan Arab sudah terjalin lebih dari 1400 tahun yang lalu. Pengaruh Islam terhadap kebudayaan China amat ketara, khususnya dalam kalangan masyarakat dan suku etnik yang mendiami wilayah Gansu, Xinjiang, Qinghai, Ningxia, Shaanxi, Yunnan, Hebei, Henan, Shandong dan kawasan pedalaman Mongolia. Terdapat 56 kumpulan suku etnik minoriti Islam di China dengan 10 kumpulan etnik yang paling besar iaitu seprti yang telah dijelaskan dalam rencana sebelum ini iaitu MENGENALI KUMPULAN MINORITI ISLAM DI CHINA........=)


