
Terdapat sekurang-kurangnya sepuluh kumpulan minoriti Muslim di negara China.Kumpulan minoriti Islam yang terbesar ialahHui dan mereka boleh ditemui di seluruh negara China.Komuniti Hui atau dalam bahasa Cina dipanggil Hui-huidijadikan sebagai rujukan dan identiti Islam di China.Komuniti ini mempunyai banyak persamaan dengan orang Cina yang berketurunan Han, terutama dari segi bahasa pertuturan, tulisan, rupa paras, budaya dan cara hidup.Sebagai orang Islam, komuniti Hui banyak memasukkan perkataan Arab dan Parsi di dalam pertuturan mereka.Oleh sebab itulah mereka mempunyai dialek percakapan yang tersendiri dan ini membezakan mereka dengan orang Cina yang lain.
*etnik hui...Tidak sukar untuk mengenali kelompok komuniti Hui ini kerana pihak lelaki memakai kopiah putih atau hitam manakala sebahagian wanitanya pula bertudung atau memakai skaf.Pakaian komuniti Hui adalah ringkas dan tidak banyak atau tiada perhiasan.Hanya golongan wanita Hui yang tinggal di daerah Gansu didapati memakai pakaian yang pelbagai gaya dan bervariasi.Mereka juga menutup kepala dengan hiasan yang mempunyai serban dan memakai apron pendek yang bersulam pada baju mereka.Ciri-ciri keislaman jelas terpancar pada penampilan diri mereka terasuk penyediaan makanan yang menekankan konsep yang halal.Komuniti Hui boleh ditemui di Wilayah Ningxia dan Xinjing serta daerah-daerah Gansu, Ginghai, Henan, Hevei, Shandong dan Yunan....bersambung...
No comments:
Post a Comment