"Tidak sempurna iman
jika kau tidur dalam kekenyangan
sedang jiran tetanggamu
menangis kerana kelaparan''
dua kata yang berbeza dicantum menjadi satu
tetap tidak kan sama maksudnya
berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya
sendu dan sendawa
adakah kau tahu
siapakah mereka jiran tetanggamu
pernahkah engkau melihat
apakah dalam sendu atau sendawa
kenalilah dan bertegurlah sapa
dengan akhlak yang mulia
hidup berjiran susah dan senang
suka duka dirasa bersama
bersaudara ibarat pohon
tumbuh merendang
jadi teduhan musafir lalu
hujan dan panasnya
bersaudara ibarat tubuh manusia
satu anggota terasa sakit
sakitlah seluruh anggotanya...
Monday, March 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment